Kurang beberapa jam menjelang Hari Raya Aidiladha, Medan Niaga Satok Kuching tidaklah sibuk seperti perayaan lain sebelum ini.
Ini berkemungkinan perayaan Aidiladha disambut sederhana memandangkan kos sara hidup dan harga barangan yang meningkat.
Malah, tinjauan AWANI Borneo mendapati rata-rata peniaga yang ditemui berkata, kali ini mereka mengurangkan kuantiti dagangan, kerana khuatir kenaikan harga barang akan mengurangkan permintaan pelanggan.